Tindak Balas
Cara mengatasi tindak balas
Tindak balas pemulihan
|
Gejala Tindak Balas
"Tindak balas enzim" berlaku kerana enzim dapat menguatkan
daya pemulihan semulajadi tubuh badan dan seterusnya bertindak
ke atas sel-sel, organ atau darah yang bermasalah untuk menawarkan
toksin dan menyingkirkannya dari tubuh badan. Justerus itu, gejala tindak
balas adalah satu proses yang mesti dilalui sepanjang tempoh terapi
enzim. Perlu disebut di sini bahawa bukan semua pesakit akan mengalami
gejala tindak balas dan ini tidak bermakna bahawa penyakit pesakit terbabit
tidak akan sembuh. Sesungguhnya, tindak balas itu baik untuk penyakit dan
merupakan satu fenomena sementara. Ia bukan kesan sampingan dan ia
bukan bermakna penyakit telah bertambah teruk. Empat peringkat gejala tindak
balas
1.Peringkat Penyelarasan Nutrien
Tindak balas peringkat awal: Pembekanlan nutrien yang seimbang
dan penyelarasan fungsi melancar dan memulihkan metabolisme. Justeru
itu, seseorang akan terasa cergas,
bertenaga, segar dan kulitnya pula kelihatan berseri-seri.
Sesetengah orang pula berasa terangsang hinggakan tidak
dapat tidur untuk beberapa hari namun tidak berasa letih sekalipun kurang
tidur.
2.Peringkat Penyingkiran Toksin Metabolisme Seseorang
akan membuang air besar dengan kerap, najis berwarna hijau, air kecil menjadi
pekat warnanya, kulit mungkin terasa gatal, sembelit, kembung, sendawa
dan sebagainya semasa tubuh badan menyingkirkan buangan berasid metabolisme
dan toksin agar resam tubuh badan bertukar dari pH asid ke pH alkali.
Bagi wanita yang haidnya tidak normal, pengaliran haid akan menjadi lebih
banyak dan lebih panjang. Sesetengah wanita mengalami gejala-gejala tindak
balas seperti tidak datang haid sementara waktu, rasa panas, kulit
berasa gatal, dan bibir bagaikan diserang ulser, wajah ditumbuhi
jerawat atau papul berbintik-bintik merah (penyingkiran toksin menerusi
kulit), tahi mata atau kelemumur bertambah banyak, mengalami demam sementara
dan sebagainya.
3.Peringkat Kelancaran Darah dan Tenaga & Sengal-sengal Badan
Di kala terapi makanan menyaksikan kesannya untuk melancarkan
pembuluh-pembuluh darah yang bermasalah atau tersumbat sehingga tenaga
dan darah tidak dapat mengalir lancar, bahagian-bahagian yang bermasalah
ini akan terasa sakit. Mereka yang sebelum ini sudah mengalami sakitdi
sana sini akan menanggung kesakitan yang lebih teruk hinggakan dadah
analgesik juaga mungkin tidak dapat melegakan kesakitan tersebut.
Kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa hari sebelum hilang seluruhnya
secara semula jadi.
4.Peringkat Pertumbuhan Semula Sel, Letih, Mengantuk Kita mengambil
enzim kompleks aktif untuk memastikan sel-sel tubuh badan kita yang sudah
mati dapat tumbuh semula, sekali gus menyembuhkan mana-mana bahagian tisu
fungsi yang sudah rosak dengan kuasa penyembuhan semula jadi tubuh
badan sendiri. Sebab itu, seseorang akan berasa
letih dan mengantuk.
Tempoh kemunculan gejala tindak balas
1.Lumrahnya, gejala tindak balas yang disebutkan tadi akan
berlangsung antara 1-2 minggu. Dalam kes metablisme luar biasa abnormal,
gejala tindak balas yang dialami mungkin berlanjutan hingga kira-kira sebulan
malah hingga kesakitan yang seseorang alami pulih sepenuhnya.
2.Tempoh kemunculan gejala tindak balas yang di alami oleh
kaum wanita adalah lebih panjang berbanding dengan kaum lelaki.
3.Tempoh kemunculan gejala tindak balas dialami oleh kaum wanita
berkahwin adalah lebih panjang berbanding dengan kaum wanita belum
berkahwin.
4.Budak di bawah 12 tahun tidak akan mengalami gejala
tindak balas.
|