Tindak
Balas
Cara
mengatasi tindak balas
Tindak
balas pemulihan

|
Tindak balas pemulihan
yang biasa dialami dan cara mengatasinya
1.Najis lembik (berbentuk pes)
Sebab:
Mukus di dalam usus berfungsi melindungi dinding usus
daripada dikakis asid gaster dan menapis nutrien yang
diserap; mukus yang berlebihan boleh menjejaskan daya
penyerapan nutrien dan fungsi yang dimainkan oleh enzim di
sini ialah menghapuskan mukus yang berlebihan itu.
Campuran najis, mukus dan air berbentuk pes akan
disingkirkan dari tubuh badan. Perut tidak berasa sakit,
berbeza dengan cirit birit biasa.
Cara mengatasi:
Terus mengambil. Keadaan akan kembali menjadi normal
selepas 2-3 kali membuang najis lembik
2.Sembelit
Sebab:
Gejala ini biasanya menimpa mereka yang pernah mendapat
sembelit
1)Pesakit tidak kuat makan dan kerana daya penyerapan
usus telah diperkuatkan oleh enzim, maka sisa (najis) akan
menjadi kurang dan desakan untuk membuang air besar juga
kurang.
2) Pesakit tidak meminum air yang mencukupi, usus besar
dan kecil menyerap air dalam najis di usus, menyebabkan
najis menjadi keras.
Cara mengatasi:
1) Minum minimum 2000-3000CC air sehari
2) Memperbanyakkan pengambilan makanan yang kaya
dengan serat
3) Memaksa diri dan menetapkan masa membuang air
besar.
4) Bersabar beberapa hari, apabila selera makan bertambah
secara semulajadi (enzim membantu memperbaiki daya
pencernaan), sembelit akan hilang.
3.Membuang air kencing dengan kerap
Sebab:
Tubuh badan bengkak (ederma). Lebih ketara pada pesakit
buah pinggang. Disebabkan oleh kehilangan fungsi
pengimbangan air, air yang berlebihan tertakung di ruang
antara tisu tubuh sehingga bagan kelihatan bengkak. Setelah
mengambil enzim, fungsi pengimbangan air buah pinggang
akan dapat dipulihkan dengan cepat. Air yang berlebihan
dalam tubuh badan dapat dikumuhkan menerusi salur
kencing ke luar tubuh badan. Sebab itu seseorang perlu
membuang air kencing dengan kerap. Keadaan akan
kembali menjadi normal.
Cara mengatasi:
1) Merka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya
meneruskan dengan dos asal
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh
mengurangkan dos tapi mengambil secara kerap (1 bungkus
setiap 2 jam, 6-8 bungkus sehari)
4.Gatal-gatal
Sebab:
Mereka yang mengalami gangguan hepar dan buah pinggang
periferal salur darah dan ruang antara tisunya mudah
ditakung sisa, toksin dan elemen logam berat. Enzim dapat
mengumuhkan bahan-bahan merbahaya ini dengan berkesan,
menyingkirkannya menerusi air kencing dan sebahagiannya
pula disingkirkan menerusi kelenjar peluh. Sebab itu, pesakit
akan terasa gatal-gatal 'setempat atau seluruh badan'.
Cara mengatasi:
1) Terus ambil atau tingkatkan dos sehingga rasa gatal-gatal
hilang sama sekali apabila toksin di dalam tubuh badan
disingkirkan seluruhnya. (Rasa gatal-gatal mungkin
berlarutan untuk beberapa hari atau berbulan-bulan)
2) Kurangkan dos jika gatal-gatal bertambah serius.
Bahagian terlibat jangan digaru dengan tangan.
5.Pesakit Ulser Mengalami Rasa Panas Yang
Menyakitkan
Sebab:
Enzim mempunyai daya menentang keradangan dan
mengaktifkan sel-sel yang hebat. Apabila enzim terkena
pada bahagian ulser dan bertindak mengumuhkan sel-sel
yang mati dan virus, saraf pesakit akan terangsang dan
pesakit akan terasa panas dan sakit bagai ditusuk atau
berasa murung.
Cara mengatasi:
1) Kurangkan dos tapi mengambil secara kerap (1 bungkus
setiap 2 jam, 6-8 bungkus sehari)
2) Ambil selepas makan untuk meredakan gejala-gejala yang
tersebut di atas.
6.Pesakit Artritis, Tumor,Gout, Kecederaan Dalaman
(Darah beku) Mengalami Kesakitan Bagaikan
Disentak
Sebab:
Enzim mempunyai daya pembersihan darah yang kuat dan
dapat mengumuhkan kuman, virus dan sisa - sisa dalam
kuantiti besar di bahagian yang bermasalah. Apabila saraf
terhimpit oleh sisa-sisa ini, kesakitan bagaikan di sentak
akan terasa.
Cara mengatasi:
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya
terus mengambil sehingga tidak berasa sakit lagi, malah
mengambil dengan lebih kerap, 3-5 kali sehari, 2 bungkus
sekali.
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh
mengurangkan dos sehingga 2 bungkus sekali dan 2 kali
sehari, sekali pagi dan sekali lagi waktu malam.
7.Mereka yang lemah resam tubuh dan diserang
pelbagai penyakit, sakit tenat dan kurang darah akan
mengalami gejala sementara seperti letih, lemah
anggota, pening dan loya.
Sebab:
Tubuh badan kekurangan enzim dan perubahan kimia juga
lemah. Penambahan enzim akan mencetuskan perubahan
kimia yang kuat serta-merta, lebih kuat dalam kes lemah
resam tubuh badan.
Cara mengatasi:
Bermula dengan dos yang kecil iaitu 2 bungkus sekali, seklai
pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Apabila sudah biasa,
tambah dos secara beransur-ansur.
8.Jantung berdebat
Sebab:
Bagi pesakit jantung, selepas mengambil enzim, sebahagian
sisa dalam salut darah dan darahnya akan terurai,
membolehkan darah dalam tubuh badan mengalir dengan
lebih lancar. Pesakit akan terasa jantungnya berdebat atau
berdenyut dengan lebih kuat. Pesakit tekanan darah tinggi
yang serius biasanya akan mengalami gejala ini. Ia adalah
tindak balas yang normal dan positif.
Cara mengatasi:
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya
meneruskan dengan dos asal.
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh
mengurangkan dos sehingga 2 bungkus sekali, sekali di
waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
9.Pesakit bronkitis, asma, pneumonektasis mengalami
gejala banyak berbatuk dan banyak kahak
Sebab:
Batuk merupakan satu tindak balas yang semulajadi. Apabila
paru-paru atau bronkus dimasuki bendasing atau dijangkiti
kuman, paru-paru akan merembeskan banyak mukus
(kahak) untuk membaluti bendasing atau kuman ini sebelum
ia disingkirkan dari tubuh badan dengan berbatuk. Ini satu
refleks semulajadi. Seseorang akan terus batuk selagi
bendasing dan kuman tadi tidak disingkirkan. Enzim
menguraikan kuman di dalam bronkus dan merangsang
paru-paru untuk merembeskan lebih banyak mukus. Sebab
itu seseorang akan banyak berbatuk dan banyak kahak,
lebih-lebih lagi individu yang mengalami pneumonektasis.
Enzim akan menguraikan mukus yang termendap di
permukaan paru-paru pesakit pneumonektasis. Pesakit ini
akan berbatuk untuk jangka masa yang agak lama,
mengeluarkan kahak yang banyak, pekat dan
kekuning-kuningan warnanya; kahak akan berubah dari
pekat ke cair dan berwarna keputih-putihan. Ini merupakan
satu proses yang mesti dilalui sebelum pesakit dapat sembuh
sepenuhnya.
Cara mengatasi:
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya
meneruskan dengan dos asal.
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh
mengurangkan pengambilan menjadi 2 bungkus sekali, sekali
waktu pagi dan sekali di waktu malam.
|