CNI Enterprise (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada
September 1989 yang pada mulanya dikenali sebagai Forever Young. Kemudian
pada tahun 1992, apabila Forever Young bergabung dengan sebuah syarikat
jualan langsung terbesar di Indonesia iaitu PT Nusantara Sun Chorella,
bermulalah nama Creative Network International. Sebuah syarikat jualan
langsung antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia.Di Indonesia, CNI
dikenali sebagai PT Centranusa Insan Cemerlang.
CNI merupakan salah satu dari 3 syarikat jualan langsung terbesar
di Malaysia. Bermula dengan hanya menyewa sebuah kedai 2 tingkat, CNI pada
hari ini telah mempunyai wismanya sendiri yang terletak di Hicom-Glenmarie
Park, Shah Alam dengan keluasan tanah 8 ekar. Wisma CNI, dengan harga keseluruhan
nya hampir RM60 juta termasuh 2 buah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing
Practice) yang dibina tanpa membuat pinjaman wang dari mana - mana bank,
dengan hanya menggunakan wang hasil dari perniagaan ini adalah satu bukti
kukuh komitmen syarikat kepada kesemua pengedar-pengedarnya yang berjumlah
hampir atau melebihi 200 ribu orang di seluruh Malaysia.
CNI telah melebarkan jaringan perniagaannya ke Hong Kong, Brunei
dan yang paling penting, Amerika Syarikat, negara yang memulakan perniagan
jualan langsung juga telah diterokai CNI. CNI juga telah berjaya mendapat
kebenaran untuk membuka cawangannya di Singapura iaitu sebuah negara yang
sebelum ini tidak membenarkan langsung sebarang corak perniagaan seperti
ini. CNI juga akan membuka cawangannya di Thailand dan Filipina pada akhir
tahun ini atau awal tahun depan.
Sehingga hari ini, kejayaan CNI bukan hanya kepada syarikat malah,
ramai usahawan-usahawan telah berjaya di dalam CNI dan CNI telah berjaya
melahirkan 19 orang jutawan daripada semua kaum di Malaysia dan 6 orang
darinya adalah orang Melayu termasuk seorang wanita yang berasal dari Singapura
|