Make your own free website on Tripod.com
 
 Home Produk  Tindak balas Testimoni 
Pengguna

 
 

Tindak Balas

Cara mengatasi tindak balas

Tindak balas pemulihan

Gejala Tindak Balas

  "Tindak balas enzim" berlaku kerana enzim dapat menguatkan
 daya pemulihan semulajadi tubuh badan dan seterusnya bertindak ke  atas sel-sel, organ atau darah yang bermasalah untuk menawarkan toksin dan menyingkirkannya dari tubuh badan. Justerus itu, gejala tindak balas adalah satu proses yang mesti dilalui sepanjang tempoh  terapi enzim.  Perlu disebut di sini bahawa bukan semua pesakit akan mengalami  gejala tindak balas dan ini tidak bermakna bahawa penyakit pesakit terbabit tidak akan sembuh. Sesungguhnya, tindak balas itu baik untuk penyakit dan merupakan satu fenomena sementara. Ia bukan  kesan sampingan dan ia bukan bermakna penyakit telah bertambah teruk. Empat peringkat gejala tindak balas 

 
 1.Peringkat Penyelarasan Nutrien 
 Tindak balas peringkat awal: Pembekanlan nutrien yang seimbang dan penyelarasan fungsi melancar dan memulihkan  metabolisme. Justeru itu, seseorang akan terasa cergas, 
 bertenaga, segar dan kulitnya pula kelihatan berseri-seri. 
 Sesetengah orang pula berasa terangsang hinggakan tidak  dapat tidur untuk beberapa hari namun tidak berasa letih sekalipun kurang tidur. 

 2.Peringkat Penyingkiran Toksin Metabolisme  Seseorang akan membuang air besar dengan kerap, najis berwarna hijau, air kecil menjadi pekat warnanya, kulit  mungkin terasa gatal, sembelit, kembung, sendawa dan sebagainya semasa tubuh badan menyingkirkan buangan  berasid metabolisme dan toksin agar resam tubuh badan  bertukar dari pH asid ke pH alkali. Bagi wanita yang haidnya tidak normal, pengaliran haid akan menjadi lebih banyak dan lebih panjang. Sesetengah wanita mengalami gejala-gejala tindak balas seperti tidak datang haid  sementara waktu, rasa panas, kulit berasa gatal, dan bibir  bagaikan diserang ulser, wajah ditumbuhi jerawat atau papul berbintik-bintik merah (penyingkiran toksin menerusi kulit), tahi mata atau kelemumur bertambah banyak, mengalami demam sementara dan sebagainya. 

3.Peringkat Kelancaran Darah dan Tenaga & Sengal-sengal Badan 
Di kala terapi makanan menyaksikan kesannya untuk  melancarkan pembuluh-pembuluh darah yang bermasalah  atau tersumbat sehingga tenaga dan darah tidak dapat  mengalir lancar, bahagian-bahagian yang bermasalah ini akan  terasa sakit. Mereka yang sebelum ini sudah mengalami sakitdi sana sini akan menanggung kesakitan yang lebih teruk  hinggakan dadah analgesik juaga mungkin tidak dapat  melegakan kesakitan tersebut. Kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa hari sebelum hilang seluruhnya secara semula jadi. 

 4.Peringkat Pertumbuhan Semula Sel, Letih, Mengantuk Kita mengambil enzim kompleks aktif untuk memastikan sel-sel tubuh badan kita yang sudah mati dapat tumbuh semula, sekali gus menyembuhkan mana-mana bahagian tisu   fungsi yang sudah rosak dengan kuasa penyembuhan semula  jadi tubuh badan sendiri. Sebab itu, seseorang akan berasa 
letih dan mengantuk. 


Tempoh kemunculan gejala tindak balas 

 
1.Lumrahnya, gejala tindak balas yang disebutkan tadi akan  berlangsung antara 1-2 minggu. Dalam kes metablisme luar  biasa abnormal, gejala tindak balas yang dialami mungkin berlanjutan hingga kira-kira sebulan malah hingga kesakitan  yang seseorang alami pulih sepenuhnya. 

2.Tempoh kemunculan gejala tindak balas yang di alami oleh  kaum wanita adalah lebih panjang berbanding dengan kaum  lelaki. 

3.Tempoh kemunculan gejala tindak balas dialami oleh kaum  wanita berkahwin adalah lebih panjang berbanding dengan  kaum wanita belum berkahwin. 

 4.Budak di bawah 12 tahun tidak akan mengalami gejala  tindak balas. 

mail untuk cetusan rasa anda sila klik disini